PROGRAM SEKOLAH SELAMAT



Sekolah selamat didefinisikan sebagai persekitaran sekolah yang selamat di mana warga sekolah merasa selamat tanpa gangguan daripada mana-mana pihak samada dari dalam mahupun dari luar. 
            Dengan itu, Program Sekolah Selamat dilancarkan di sekolah-sekolah di Malaysia bagi membendung  masalah disiplin para pelajar.  Warga sekolah yang terdiri daripada guru, pelajar, kakitangan sokongan, pentadbir sekolah, kaunselor dan sebagainya memainkan peranan untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat.  Setiap warga sekolah juga mestilah mempunyai kesedaran tentang keselamatan dan diterjemahkan melalui sikap dan tingkahlaku sensitif, prihatin dan tanggungjawab professional untuk menjamin suasana  pembelajaran dapat berjalan  dengan baik. 

Oleh itu, bagi merealisasikan Polisi Sekolah Selamat, peranan yang boleh dilakukan adalah seperti berikut: 
1)          Penglibatan Warga Sekolah

·         Mewujudkan guru bertugas mingguan iaitu bertugas di pintu masuk dan kawasan bangunan sebelum dan selepas persekolahan. 
·         Kehadiran guru di setiap kawasan dan bilik khas. 
·         Guru membantu mengawal trafik di dalam dan di luar sekolah semasa dan selepas sekolah. 
·         Guru berada bersama pelajar pada setiap  program dan aktiviti sekolah
·         Guru mengawasi dan makan di kantin sekolah. 
·         Guru membantu  pelajar semasa dan selepas waktu persekolahan. 
·         Warga sekolah dilatih mengatasi sebarang krisis yang berlaku dan memahami tanggungjawab terhadap pencegahan dan menghadapi kecemasan. 
·         Guru berbincang dalam kelas dan setiap program dalam menerap kesedaran dan keselamatan di sekolah. 
·         Warga sekolah bertanggungjawab melaksanakan polisi untuk menentukan keselamatan dalam setiap aktiviti kokurikulum sepanjang masa persekolahan. 
·         Pentadbir dan guru memanggil pelajar dengan nama. 

   2)    Latihan Dalam Perkhidmatan

Latihan dalam perkhidmatan adalah program dan aktiviti bertujuan untuk memaklumkan warga sekolah berkaitan dengan plan, prosedur dan tanggungjawab dalam mengekalkan iklim sekolah selamat.  Warga sekolah juga bergtanggungjawab mengelak, mengurus dan bertindak balas terhadap setiap krisis yang timbul.  Antaranya ialah: 

·         Memberi masa dan sumber yang mencukupi dalam latihan perkhidmatan untuk warga sekolah bagi memastikan tidak berlaku keganasan di sekolah. 
·         Melibatkan orang awam, pegawai penguatkuasa, kesihatan, bomba dan agensi-agensi kecemasan dalam latihan di sekolah tersebut. 
·         Mengekalkan kesedaran  secara berterusan kepada warga sekolah dalam memainkan peranan masing-masing dalam menghadapi sebelum dan selepas krisis. 
·         Program orientasi kepada staf baru tentang polisi, prosedur dan tanggungjawab ke arah ke sekolah selamat. 
·         Mengadakan latihan untuk memastikan keberkesanan tindakan plan krisis sekolah dilaksanakan. 
·         Warga sekolah menunjukkan komitmen dan kefahaman yang bersesuaian terhadap perkara-perkara berikut: 

Ø  Kehadiran pelawat
Ø  Penyalahgunaan bahan
Ø  Penculikan
Ø  Penggunaan senjata
Ø  Pelajar bermasalah
Ø  Gangguan fizikal/ seksual
Ø  Kewujudan gangster
Ø  Hak dan tanggungjawab sekolah
Ø  Kehadiran warga sekolah
Ø  Pemberitahuan maklumat
Ø  Menangani masalah penceroboh
Ø  Laporan kejadian
Ø  Vandalisme
Ø  Akta-akta jenayah
Ø  Pemeriksaan mengejut




   3)    Kerjasama Pihak Luar

·         Melibatkan penguatkuasaan undang-undang di kalangan ahli-ahli dalam sekolah dan perkembangan plan krisis dan tindak balasnya. 
·         Koordinasi pelan kecemasan antara agensi- polis, bomba dan pegawai perubatan. 
·         Tindak balas segera dan pengawasan yang tepat. 
·         Melibatkan penguatkuasa undang-undang dan berkongsi sama merangka kurikulum dan arahan, aktiviti pencegahan dan latihan dalam perkhidmatan. 
·         Bekerjasama dengan agensi yang mempunyai kepakaran dan kemahiran bagi menghadapi bencana alam dan memberi bantuan. 
·         Melaksanakan plan tindakan mengatasi ponteng secara menyeluruh. 
·         Menaja atau melibatkan diri dalam program pencegahan jenayah. 
·         Melibatkan diri dalam program sedia ada dengan pihak polis. 
·         Memberikan plan sekolah kepada pihak polis. 
·         Memastikan warga sekolah dan polis memahami peraturan masing-masing apabila dipaggil ke sekolah. 

   4)    Kelab pencegahan jenayah

Sekolah Kebagsaan Pokok Sena juga telah menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah melalui kempen keselamatan yang berterusan.  Kelab tersebut merupakan badan sukarela yang dilaksanakan oleh pertubuhan bagi mengurangkan salahlaku jenayah dan meningkatkan kawalan serta keselamatan.  Tujuan kelab ini ditubuhkan bagi meningkatkan kesedaran pelajar terhadap peraturan dan tanggungjawab sekolah serta menukar pandangan  pelajar supaya tidak lalai terhadap tanggungjawab mereka dan melaporkan situasi yang tidak menyenangkan. 


   5)    Kawalan keselamatan

Sekolah Kebangsaan Pokok Sena menyediakan perkhidmatan kawalan keselamatan supaya persekitarannya rasa bebas dari ancaman keselamatan iaitu dengan cara mewujudkan perancangan keselamatan sekolah melalui kawalan, sistem komunikasi, pengawasan, lencana pengenalan diri, kad kebenaran,tanda nama pelawat dan kawalan dari pengawal keselamatan.


   6)    Peranan Ibu Bapa dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

Peranan ibu bapa dan penjaga Sekolah Kebangsaan Pokok Sena juga menunjukkan rasa sifat kepunyaan dan rasa bangga terhadap sekolah melalui sokongan, pernglibatan dan penyertaan sebagai rakan kongsi dalam aktiviti sekolah selamat.  Antara perkongsian adalah merupakan program keibubapaan secara sukarela yang melibatkan aktiviti rondaan keselamatan, bantuan, pemantauan dan program pendidikan keibubapaan dimana ibu bapa belajar kemahiran menolong, menerima khidmat kaunseling dan belajar berkenaan akibat tingkahlaku keganasan di sekolah.  
Antara kerjasama bersama ibu bapa dengan pihak sekolah ialah: 

  • Ibu bapa sentiasa diberitahu tentang program Sekolah Selamat, pelan dan prosedur tindakan dan juga peranan dan tanggungjawab mereka. 
  • Membuat tinjauan dan mengadakan perbincangan dengan ibu bapa bagi menentukan tanggapan mereka berhubung dengan keselamatan sekolah dan hubungan dengan jenayah pelajar. 
  • Melibatkan ibu bapa dalam pembangunan polisi sekolah selamat dan menjadi ahli dalam jawatankuasa sekolah selamat. 
  • Melibatkan ibu bapa sebagai tenaga pengiring (chaperones) dan membantu dalam menjalankan rondaan keselamatan dan program pengawasan jenayah. 
  • Mengiktiraf ibu bapa sebagai rakan dalam memastikan sekolah selamat melalui pendidikan keibubapaan dan kaunseling.  
  • Menggalakkan ibu bapa bertanggungjawab dalam memantau tingkah laku dan permasalahan pelajar
  • Memberi khidmat kaunseling kepada ibu bapa  yang anak mereka mempunyai potensi ke arah keganasan.

7) Pegawai Personel

Pegawai personel ialah seorang yang di tugaskan bertanggungjawab untuk memimpin, menyelaras dan membantu dalam memastikan persekitaran sekolah selamat wujud. Personalia tersebut terdiri dari seorang pengawal keselamatan, pentadbir sekolah atau seorang guru yang di tugaskan  untuk melaksanakan peranan ini.
  • Pengawal keselamatan sekolah ada sepanjang masa persekolahan dan dalam semua program sekolah


8) Jawatankuasa

Bagi melicinkan pelaksanaan Sekolah Selamat, Sekolah Kebangsaan Pokok Sena juga ada menubuhkan Jawatankuasa Sekolah Selamat yang keahliannya terdiri daripada wakil sekolah, ibu bapa, agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Tugas utama jawatankuasa ini ialah memantau keperluan keselamatan di sekolah yang bertujuan untuk mengenalpasti masalah, mencadang program / polisi sekolah selamat dan membantu dalam pengurusan sebelum dan selepas krisis berlaku.


9)  Pelan Pengurusan Krisis

Pelan Pengurusan Krisis (PPK) merupakan pelan khusus dan komprehensif yang digunakan dalam menghadapi suasana kecemasan dan lankah-langkah perlu selepas Insiden. Pelan ini telah sedia maklum oleh semua kakitangan sekolah. Peranan dan tanggungjawab sekolah semasa dan selepas krisis dijelaskan dengan terperinci. Krisis tersebut merangkumi kemalangan, tembak-menembak, kes tebusan, penggunaan senjata api, kebakaran, ugutan bom, bencana alam, kematian, bunuh diri, tunjuk perasaan, pencerobohan dan sebagainya.

Oleh itu, SKPS juga mempunyai pelan tindakan yang diketahui oleh semua staf dan dimaklumkan dari masa ke semasa bagi mengenalpasti:
  • Pelbagai situasi termasuk yang di luar jangkaan
  • Saluran komunikasi kepada Guru Besar
  • Saluran dan isyarat-isyarat supaya staf berwaspada
  • Agihan tugas untuk melaksanakan tanggungjawab dalam aspek tertentu
  • Kawasan penempatan semula pelajar
  • Prosedur memindahkan pelajar dalam situasi tertentu
  • Pegawai yang bertanggungjawab
  • Senarai nombor-nombor telefon agensi-agensi yang boleh dihubungi semasa kecemasan
  • Langkah-langkah pemberitahuan ibu bapa cara memindahkan pelajar
  • Polisi dan prosedur bagi mengendalikan pihak media
  • Tanggungjawab menyimpan rekod kejadian          
   

Tiada ulasan: