PERATURAN SEKOLAH

BAB 1 - SAHSIAH


1.1   PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH (MURID LELAKI)
  • Baju kemeja putih berlengan pendek
  • Butang baju sentiasa dikancing supaya kelihatan kemas
  • Baju yang terlalu besar atau kecil dilarang memakainya
  • Seluar panjang berwarna biru tua
  • Kasut dan stoking berwarna putih
  • Lencana sekolah di sebelah kiri baju
  • Memakai tali leher dengankemas sepanjang masa persekolahan



1.2   PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH (MURID PEREMPUAN)
  •  Baju kurung berwarna putih / pinafore
  • Kain berwarna biru tua
  • Tudung kepala berwarna putih / mini telekung
  • Kasut dan stoking berwarna putih
  • Lencana sekolah di sebelah kiri tudung



1.3   PAKAIAN SEMASA PENDIDIKAN JASMANI / LATIHAN SUKAN
  • Seluar senaman berwarna hitam / biru tua
  • Baju T sekolah / Rumah sukan



1.4   RAMBUT   
  • Rambut pendek dan kemas bagi murid lelaki
  • Rambut yang panjang mestilah diikatdengan reben hitam / biru tua bagi murid perempuan








BAB 2 - MENEPATI MASA


2.1   KEHADIRAN KE SEKOLAH
  • Waktu persekolahan ialahdari 7.30 pagi hingga 1.15 petang
  • Pengawas, ketua kelas dan murid-murid yang bertugas hendaklah berada di tempat bertugas masing-masing 15 minit sebelum locengdibuntikan
  • Murid-murid hendaklah berada didalam kelas semasa pelajaran dijalankan
  • Keluar dari kelas tanpa kebenaran guru adalah satu kesalahan
  • Kehadiran waktu latihan olahraga / permainan / kelab / persatuan adalah wajib. Murid yang tidak hadir kerana sakit atau sebab tertentu hendak nenberitahu pihak sekolah dengan segera dan membawa surat akuan doktor / surat kebenaran / pemakluman daripada ibu bapa / penjaga apabila hadir semula ke sekolah
  • Murid yang tidak hadir ke sekolah tiga hari berturut-turut tanpa surat tunjuk sebab dari ibu bapa / waris / penjaga dianggap ponteng sekolah






BAB 3 - KESOPANAN DAN KESUSILAAN


3.1   BUDI PEKERTI DAN TINGKAH LAKU
  • Setiap murid hendaklah mempunyai perwatakan  sebagai seorang murid yang cergas, bersopan-santun, berpakaian kemas dan menjadi 'Duta Sekolah' yang baik sepanjang masa
  • Sikap bertoleransi, tingkah laku yang sopan, tolong-menolong dan bekerjasama antara rakan, pengawas, guru dan pelawat hendaklah ditunjukkan pada setiap masa
  • Gunakan bahasa pertuturan yang baik (sopan) sepanjang masa. Menjerit.jerit memanggil kawan, ketawa terbahak-bahak dan mengilai adalah dilarang
  • Jangan bercekak pinggang, memasukkan tangan ke dalam poket, berlari semasa bercakap dengan guru / pelawat
  • Amalkan sikap memberi salam, 'Assalamualaikum', 'Selamat Sejahtera' dan ucapan 'Terima Kasih'
  • Merayau-rayau di persekitaran tepi tangga sekolah sama ada secara berkumpulan / berseorangan adalah dilarang
  • Murid hendaklah berdiri di sebelah tepi tangga sekiranya ada guru besar / pelawat / guru yang berjalan menaik / menurun tangga sebagai tanda hormat
  • Murid dilarang merokok, berjudi, mengambil / melibatkan diri dengan dadah
  • Adalah menjadi kewajipan murid untuk mematuhi arahan dan perintah guru. Membantah / ingkar perintah guru dianggap melanggar disiplin
  • Adalah menjadi tanggungjawab murid juga untuk menjaga dan menghargai harta benda sekolah


 3.2   TATATERTIB DI DALAM KELAS
  • Murid-murid berada di dalam kelas masing-masing pada waktu belajar mengikut jadual waktu yang ditetapkan
  • Murid tidak dibenarkan meninggalkan kelas sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Murid yang keluar hendaklah mendapat kebenaran daripada guru yang mengajar
  • Semasa guru tiada di dalam kelas, murid hendaklah belajar sendiri. Tanamkan budaya suka membaca. Ketua kelas / pengawas sekolah bertanggungjawab mengawasi kelas
  • Duduk di atas kerusi dengan betul dan tertib. jangan condongkan kerusi  
  • Letak beg di atas lantai dan bukannya diatas kerusi supaya selesa duduk semasa belajar
  • Murid-murid tidak dibenarkan berlari-lari, bermain dan membuat bising di dalam kelas / koridor / tangga bangunan
  • Sila pastikan suis kipas dan lampu ditutup sebelum meninggalkan kelas
  • Murid-murid dilarang memasuki Bilik Sains, Perpustakaan dan bilik-bilik khas tanpa kehadiran guru
  • Sewaktu guru mengajar, murid-murid mesti menumpukan perhatian kepada pelajaran. Membuat kerja selain daripada apa yang diberikan guru adalah satu kesalahan
  • Semua murid hendaklah menyiapkan kerja rumah yang diberikan guru. Murid yang ingkar boleh diambil tindakan sewajarnya oleh guru / pihak atasan
  


3.3    TATATERTIB SEMASA PERTUKARAN KELAS           
  •  Sebelum meninggalkan, pastikan papan tulis dibersihkan, kerusi meja tersusun serta tutup kipas dan lampu
  • Semua murid hendaklah beratur di luar kelas dan kemudiannya mestilah berjalan dengan serentak dan pantas, senyap dalam satu barisan



3.4   TATATERTIB SEMASA PERHIMPUNAN
  • Semua murid wajib hadir dalam perhimpunan
  • Semua murid mestilah berada di tapak perhimpunan sebelum 7.30 pagi
  • Semua murid mesti berbaris mengikut kelas masing-masing dan dilarang bercakap-cakap, membuat bising atau mengganggu kawan
  • Murid hendaklah menyanyikan lagu Negaraku, Lagu Sekolah dan Lagu Negeri Kedah dengan tertib dan penuh semangat. Semua murid hendaklah berdiri tegak dengan kedua-dua belah tangan diluruskan ke bawah
  • Semua ucapan semasa perhimpunan hendaklah didengar dengan teliti tanpan sebarang gangguan. Murid digalakkan mencatatkan maklumat di dalam buku nota
  • Berbaris mengikut kelas masing-masing dan berjalan dalam keadaan senyap semasa meninggalkan tapak perhimpunan



3.5   TATATERTIB SEMASA REHAT
  • Waktu rehatuntuk murid Tahap 1 ialah 9.45 pagi.Waktu rehat untuk murid Tahap 2 ialah 10.15 pagi
  • Murid dilarang makan atau minum selepas waktu rehat
  • Murid juga dilarang membeli makanan dan minuman di luar kawasan sekolah kerana ia menyalahi peraturan sekolah
  • Murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas semasa rehat


3.6   TATATERTIB SEMASA DI KANTIN
  • Beratur semasa hendak membeli makanan dan minuman
  • Murid dilarang berlari-lari, berkejar-kejaran dan bertolakan semasa hendak membeli makanan
  • Murid dilarang makan dan minum di dalam kelas
  • Jangan membuang sampah di merata-rata tempat. Gunakan tong sampah yang disediakan
  • Jangan meludah di merata-rata tempat





BAB 4 - KEBERSIHAN

4.1   KAWASAN SEKOLAH
  • Kebersihan sekolah hendaklah sentiasa di jaga. Murid yang membuang sampah di merata-rata tempat boleh diambil tindakan disiplin
  • Buang sampah ke dalam tong sampah
  • Murid dilarang menconteng / mengotorkan papan kenyataan
  • Murid dilarang menyepak pasu-pasu bunga atau memetik bunga di kawasan sekolah


4.2   BILIK DARJAH
  • Semua murid bertanggungjawab menjaga kelas supaya bersih dan teratur. Bakul sampah hendaklah dikosongkan sebelum kelas bermula dan juga sewaktu pulang
  • Murid dilarang makan dan minum di dalam kelas
  • Semua murid hendaklah bertugas mengikut hari yang ditetapkan
  • Pastikan papan hitam sentiasa bersih, buku tulis, meja dan kerusi disusun kemas


4.3   TANDAS DAN BILIK AIR
  • Murid bolehmenggunakan tandas sebelum dimulakan, waktu rehat dan selepas sekolah
  • Murid yang terpaksa ke tandas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas hendaklah meminta keizinan dari guru yang sedang mengajar ketika itu
  • Jaga kebersihan tandas. 'Flush' selepas menggunakan tandas. Tutup paip air selepas digunakan
  • Jangan makan atau minum di dalam tandas
  • Jangan buang sampah ke dalam lubang tandas dan sinki
  • Jangan kotorkan / rosakkan sinkindan dinding tandas
  • Sinki adalah tempat mencuci tangan dan muka sahaja          

Tiada ulasan: