KATA-KATA ALUAN GURU BESAR

GURU BESAR

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t dengan limpah dan kurniaNya dapat kita bersama-sama melayari blog rasmi SKPS ini. Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan atas usaha guru praktikal DPLI (PJK-2013) merekabentuk, seterusnya melahirkan laman blog ini.

Sejajar dengan era ICT dan globalisasi hari ini, adalah wajar bagi kita mendedahkan warga SKPS kepada dunia ICT serta melahirkan insan kamil dengan minda kelas pertama. Melalui laman blog ini, info semasa dan terkini mengenai SKPS akan dapat diperolehi. Adalah diharapkan laman blog ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan antara murid-murid, guru-guru dan ibu bapa, seterusnya komuniti di sekitar SKPS.

Saya berharap kewujudan laman blog rasmi ini akan dimanfaatkan bersama.

Sekian, terima kasih.

t.t
(AZIS BIN ABD. RAHMAN)
Guru Besar
SK Pokok Sena Kedah

Tiada ulasan: