MAKLUMAT SEKOLAH

LATAR BELAKANG SEKOLAH

  • Sejarah Penubuhan Sekolah

 Sekolah Kebangsaan Pokok Sena Kedah telah didirikan di tanah seluas 6 hektar yang terletak kira-kira
1KM dari pekan kecil Pokok Sena dan telah di buka pada 1 Januari 1984. Nama Sekolah tersebut diberi nama sebatang Pokok iaitu Pokok Sena.

     Sebelum sekolah ini siap dibina selengkapnya, pelajar-pelajar dari kawasan yang berhampiran, menimba ilmu di Sekolah Kebangsaan Wan Abdul Samad yang terletak di sebuah pekan kecil Pokok Sena.
Sekolah Kebangsaan Wan Andul Samad ini merupakan sebuah Sekolah yang menumpangkan pelajar-pelajar dari Sekolah Kebangsaan Pokok Sena dan juga merupakan cawangan utama pusat pembelajaran di kawasan Pokok Sena.


     Setelah siap pembinaannya, harapan anak-anak kampung yang tinggal jauh dari Pekan Pokok Sena bagaikan cahaya menerangi alam apabila secara rasminya Sekolah ini di buka pada 1 Januari 1984. Pemangkin utama dalam meningkatkan akademik Sekolah baru ialah Encik Ibrahim Bin Abdul Razak. Berbekalkan tenaga pengajar sebanyak 9 orang dan 2 orang pekerja, Sekolah ini terus berkembang dengan permulaan pelajarnya sebanyak 184 orang.

     Walaupun bilangan pelajar berada pada tahap rendah, namun bilangan kelasnya turut bertambah dari hari ke hari mengikut pertambahan pelajar. Pada tahun 1994, sebuah bilik khas telah dibina berhadapan Sekolah.Tujuan ianya dibina bilik khas ini adalah untuk menyimpan soalan-soalan peperiksaan dari Jabatan Negeri. Oleh sebab jumlah pelajar semakin meningkat, sebuah lagi bangunan telah dibina bagi menampung keperluan tersebut. bangunan yang menempatkan 7 buah bilik darjah ini telah dibina pada tahun 1996.




  • Perkembangan Sekolah


-Lokasi Sekolah
  1. Sekolah Kebangsaan Pokok Sena merupakan salah sebuah Sekolah luar Bandar.
  2. Pekan berkaitan dengan Sekolah ini adalah Pekan Pokok Sena (Pekan Kecil) iaitu kira-kira 500 meter dari Sekolah.
  3. Sekolah rendah yang berhampiran ialah SRJK(C) Tong Yuh dan SK Wan Abdul Samad. Manakala Sekolah menengah yang berhampiran pula ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok Sena.
  4. PPD yang bertanggungjawab terhadap SKPS ialah PPD Kota Star









Tiada ulasan: